Rabu, 25 Julai 2012

Pemudahan pemahaman.

DNA itu umpama pelan bangunan. Protein pula umpama batu-bata. Bangunan itu pula adalah umpama organisma/ hidupan.

Sebagaimana pelan bangunan itu diperlukan sebelum membuat bangunan, begitu juga DNA diperlukan sebelum organisma/hidupan hidup. Batu-bata perlu disusun mengikut pelan bangunan, begitu juga protein perlu mengikut pelan DNA. Barulah bangunan itu tiada cacat celanya berdasarkan pelan.

Kalau pelan bangunan ada perekanya, kenapa pulak DNA tiada perekanya?
Cubaan memudahcara.


Sains dan matematik memang agak sukar untuk difahami bagi mereka yang bukan ahlinya. Bayangkan penggunaan istilah virus, recombinant, centrifugal force, adhesion. cohesion yang dibentangkan kepada orang yang bukan ahli sains, dalam seratus orang yang mendengarnya, tidak mustahil 1 pun tidak faham.

Maka, eloklah kita merujuk kembali bagaimana peumpamaan yang sering dinyatakan didalam Al-Quran dan Hadith. Contoh perumpaan dalam hadith yang mashur, aku tak ingat sepenuhnya, yang mana Rasulullah S.A.W. ditanyakan tentang bilakah kiamat. Baginda menjawap ianya dekat, (sambil 2 jari bersebelahan ditunjukkan). Dekatnya kiamat itu diumpamakan seperti dekatnya dua jari yang bersebelahan pada tangan yang sama.

Contoh lain, dalam hadith yang lain, dimana baginda menyatakan bahawa sukanya Allah pada manusia yang berbuat maksiat tapi akhirnya bertaubat dan ingin kembali kepada jalan yang lurus. Diumpamakan seperti seorang manusia yang sesat di padang pasir tanpa bekalan air. Dia hanya menunggu kematian sahaja. Tiba-tiba, dia mendapat air. Sukanya dia sehingga dia tersasul berkata "Ya ALLAH, engkaulah hambaku, akulah tuhanmu". Sukanya ALLAH pada orang yang kembali kepadaNYA adalah lebih daripada ini. Daripada perumpaan ini, dapat dilihat tahap kesukaan ALLAH pada manusia yang bertaubat.

Memang mudah memahami satu perkara, tetapi sukar untuk menerangkannya kembali menggunakan ayat/perkataan yang mudah. Bak kata seorang guru, kalau boleh jelaskan satu perkara dalam satu ayat, mengapa perlu dijelaskan dalam satu muka surat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan