Rabu, 4 Julai 2012

Belajar daripada alam?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.







Tahukah anda bahawa ada banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pemerhatian terhadap alam ini? Tidak percaya? Banyak sebenarnya yang manusia boleh belajar daripada alam ini. Bukankah alam ini salah satu tanda kebesaran ilahi.

3 perkara yang boleh didapati daripada persekitaran.
1. Peluang
2. Kasih sayang
3. Tanda kekuasaan yang maha esa.
(Prof Ali, 2012)


Peluang (chance) seperti dalam permainan monopoly atau Saidina

 

Contoh yang mudah. Tahukah anda siapakah yang menemui graviti? Isaac Newton bukan? Bagaimana beliau menemui graviti? Melalui pemerhatian terhadap alam. Disaat beliau bersandar pada sebuah pokok epal, dengan kuasa ilahi, sebiji epal telah jatuh. Lantas menyebabkan beliau terfikir tentang kejadian itu. Maka, diakhir cerita, ilmu tentang graviti telah dijumpai semula.
Bayangkan kalau buah durian yang jatuh, beliau tidak akan menjumpai semula ilmu graviti, beliau akan kembali menemui penciptanya.







2:164
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera belayar di lauitan membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati kering dan Dia sebarkandi bumi dengan sehala haiwan, penyusuran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan’. (Al-Baqarah :164)
http://quran.com/2/164




    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan