Rabu, 18 September 2013

Somaclonal variation


"Dalam tisu kultur, antara mutasi yang boleh dikatakan kadang-kala memang menjadi tumpuan/objektif adalah 'somaclonal variation'. Ianya adalah satu keadaan yang mana apabila tisu tumbuhan dikulturkan dengan teknik tisu kuktur, ia membesar menjadi berbeza, kadangkala menjadi satu varieti baru. Contohnya, warna bunga terhasil pada ibunya adalah kuning, tetapi apabila berlaku somaclonal variation, warna bunga berubah menjadi hijau.

Apa yang berlaku adalah, tumbuhan tidak mendapat nutrient yang sepatutnya. Oleh kerana perkembangan sel memerlukan nutrient, maka apa nutrient yang ada akan digunakan untuk perkembangan sel.

Dalam perkembangan sel, antara faktor penting yang bakal mempengaruhi phenotype (ciri-ciri fizikal : tinggi, warna, saiz, resistan/rintang penyakit) adalah daripada unsur genetik. Unsur genetik yang dimaksudkan adalah DNA (genotype : Sequence DNA KIV).

DNA pula merangkumi phosphate group dan nucleotide (nucleobase dan sugar base). DNA mengandungi kod-kod yang bakal di'transcript'kan menjadi rna sebelum di'translate' menjadi protein yang bakal mewarnai ciri-ciri fizikal. (central dogma molecular biology)

Sebagaimana komputer yang mengandungi binary code 1 dan 0, DNA mengandungi quadraple code (aku sesuka bagi nama), A, T, C, G. Kod-kod ini memerlukan nutrient yang berbeza. Maka apabila berlaku kekurangan nutrien, penghasilan kod ini akan berkurangan/terencat.

Dalam keadaan tertentu, kod-kod yang tidak dapat disusun seperti asal kerana kekurangan nutrient akan diubah. Contohnya, bila mana kandungan A tidak mencukupi, jujukan CG'A'TG'AAAAA'CTG mungkin berubah menjadi CG'G'TG'GAATG'CTG. Ini menyebabkan jujukan DNA (DNA sequence) berubah. Bila DNA berubah, kemungkinan 'phenotype' akan turut berubah.

Kemungkinan? Ya, kerana apabila translasi rna kepada protein berlaku, setiap 3 jujukan RNA akan ditafsir menjadi amino asid yang berbeza. Dan terdapat 64 susunan kod, manakala amino asid yang ada contohnya untuk manusia hanyalah 20 amino asid, tidak termasuk stop codon. Stop codon pulak...................................."