Khamis, 9 Mei 2013

Kucing

Anda lihat kucing. Kucing ni sebenarnya ada satu peribadi yang bersamaan dengan seorang muslim.

Cuba lihat, tatkala dia menyelongkar makanan, sebaik sahaja dia melihat manusia, kelam kabut dia lari.

Cuba bagi dia makan elok-elok, dia elok je makan. Siap nak makan bersendirian dan tidak berkongsi dengan haiwan lain. Kenapa? Sebab dia tahu makanan tu halal untuknya. Siap mengiaw-ngiaw lagi.

Apa persamaan dengan manusia?

Muslim, bila dia buat salah, dan ada orang nampak, dia akan rasa malu dan kelam kabut lari.

Kalau ada orang bagi hadiah kat muslim, dia bersuka ria. Bersungguh-sungguh pulak tu. Ada pernah ke orang bagi hadiah diterima ke orang lain? Ada, tapi pangkatnya lagi tinggi mungkin.

Kesimpulan?

Bila lihat alam, fikirkanlah kebesarannya. Kadang kala, dengan melihat tulisan ALLAH dilangit, iman akan meningkat. Kadang kala, dengan berfikir merenungi alam sekeliling, kita dapat meningkatkan iman.