Rabu, 25 Julai 2012

Pemudahan pemahaman.

DNA itu umpama pelan bangunan. Protein pula umpama batu-bata. Bangunan itu pula adalah umpama organisma/ hidupan.

Sebagaimana pelan bangunan itu diperlukan sebelum membuat bangunan, begitu juga DNA diperlukan sebelum organisma/hidupan hidup. Batu-bata perlu disusun mengikut pelan bangunan, begitu juga protein perlu mengikut pelan DNA. Barulah bangunan itu tiada cacat celanya berdasarkan pelan.

Kalau pelan bangunan ada perekanya, kenapa pulak DNA tiada perekanya?
Cubaan memudahcara.

Selasa, 17 Julai 2012

Pelan binaan/Blueprint/Pencipta

Sebelum sesebuah bangunan dibina, akan ada pelukis pelan yang melukis pelan binaan bukan (blueprint). Kemudian, daripada pelan binaan itulah bangunan akan dibina, mengikut tinggi, kelebaran dan juga dimensinya (ukuran). Dan apabila ada kesilapan didalam pelan, maka senibina tersebut mungkin akan pincang, mungkin tidak ada apa-apa kesilapa, atau mungkin juga akan membahayakan orang lain.
Pelan bangunan apatah? https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1-Vbb63tK2YxkF4_8gPBXqPpEHsOIXl-zg4VtfbYz1wkFUOsyOS_F15tCaT9a0zliUqSbYLYbVvHuERH-q6JnAoPEGzz5-2eksWItOV-SGDUFMWsgjaKiOI5ksSppSoTibqfPz0nW6I2I/s400/Dewan+Beta+Pelan+Susunlantai.bmp


Begitulah juga dengan manusia, organisama hidup. Seperti bangunan, manusia, dan organisma hidup lain juga mempunyai pelan binaan 'blueprint'. Apakah ia?DNA. Berbeza dengan pelan bangunan yang dilukis diatas kertas plan, atau software atau apa-apalah (penulis kurang mahir bab ini), pelan binaan organisma (DNA) terdiri daripada 'nucleotide', yang mengandungi 'code' untuk penghasilan organisma. Sebagaimana daripada pelan bangunan boleh terciptanya bangunan melalui penyediaan tapak, pemasangan pasak dan lain-lain, begitu jugalah dengan organisma yang terhasil apabila 'nucleotide' yang mengandungi 'code' ini di'transcript'kan menjadi mRNA sebelum di translate kan menjadi protein dan langkah2 seterusnya..


http://en.wikipedia.org/wiki/File:Gene_expression_control.png

Kemudian, timbul satu persoalan. Mengikut ilmu logik, andai kata ada pelan rekaan, semestinya ada pelukis pelan rekaan tersebut betul tak? Kalau ada rekaan fesyen, tentulah ada pereka fesyen. Kalau ada pelan bangunan, tentulah ada pelukis pelan binaan betul tak?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyO3KNUUR4B5fjMAvlVCqaMRP9hQZbyn1sj-W0FouhzBdO7z2NAsyPhIlXdXOvalWJs2CzAPxZLBlnwL66BP-396nCSyjjqbGdvB17tD4VXWJ2a1sPjk3OcxAg2wSfW29XzAc0JGyQC2Q/s1600/architect.jpg

Jadinya, sudah pasti ada pereka kepada DNA organisma. Siapakah pencipta tersebut?


Rabu, 4 Julai 2012

Belajar daripada alam?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.







Tahukah anda bahawa ada banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pemerhatian terhadap alam ini? Tidak percaya? Banyak sebenarnya yang manusia boleh belajar daripada alam ini. Bukankah alam ini salah satu tanda kebesaran ilahi.

3 perkara yang boleh didapati daripada persekitaran.
1. Peluang
2. Kasih sayang
3. Tanda kekuasaan yang maha esa.
(Prof Ali, 2012)


Peluang (chance) seperti dalam permainan monopoly atau Saidina

 

Contoh yang mudah. Tahukah anda siapakah yang menemui graviti? Isaac Newton bukan? Bagaimana beliau menemui graviti? Melalui pemerhatian terhadap alam. Disaat beliau bersandar pada sebuah pokok epal, dengan kuasa ilahi, sebiji epal telah jatuh. Lantas menyebabkan beliau terfikir tentang kejadian itu. Maka, diakhir cerita, ilmu tentang graviti telah dijumpai semula.
Bayangkan kalau buah durian yang jatuh, beliau tidak akan menjumpai semula ilmu graviti, beliau akan kembali menemui penciptanya.







2:164
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera belayar di lauitan membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati kering dan Dia sebarkandi bumi dengan sehala haiwan, penyusuran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan’. (Al-Baqarah :164)
http://quran.com/2/164